31 December, 2007

KURSUS PENGENDALIAN MESYUARAT

Tempat: Bangunan UMNO Perak
Tarikh: 31 Disember 2007
Masa: 9.00 Pagi

Kursus pengendalian Mesyuarat dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara-cara yang betul untuk mengendalikan mesyuarat di peringkat cawangan.
Dengan adanya kursus seperti ini, ahli-ahli puteri dapat menambah pengetahuan serta kemahiran sekaligus menjadikan ianya satu bonus sebagai ahli puteri UMNO.
Kursus di rasmikan oleh S/U Kerja UMNO dan Barisan Nasional Negeri Perak, Dato' Hasbullah dan dihadiri oleh Ketua Puteri UMNO Perak, Dr. Norashikin, Encik Hamzah selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gopeng, Saudara Hang Tuah.