31 January, 2008

MESYUARAT AJK BAHAGIAN

Tempat: Pejabat UMNO Bahagian Gopeng
Tarikh: 30 Januari 2008
Masa: 8.45 malam

Agenda mesyuarat berkisar tentang tugasan pilihanraya dan perancangan aktiviti Puteri Bahagian.

Di antara program yang diuar-uarkan:
1. Lawatan ke Pulau Pangkor bersama JKM pada 15, 16 dan 17 Febuari
2. Program English on Wheel
3. Kursus Tatarias bersama artis Zarina Zainuddin.


Dari kiri: Juli, Ika, Izan, Aida, Suzen, Lya, Zura,Safura,Zaitun, Izlin, Kak Yong.

28 January, 2008

'ROADSHOW' PENERANGAN ISU-ISU SEMASA oleh BIRO PENERANGAN UMNO MALAYSIA

Tempat: Dewan INTIM
Tarikh: 27 Januari 2008
Masa: 9.30 Pagi

'ROADSHOW' PENERANGAN ISU-ISU SEMASA oleh BIRO PENERANGAN UMNO MALAYSIA telah hadiri oleh Y.A.B. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd . Tajul Rosli Bin Ghazali dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Muhamad Taib Bin Mohamad.

Isu-isu yang dikupas berkait rapat dengan sejarah UMNO dan jatuh bangun parti, kekuatan dan semangat nasionalisme yang ditunjukkan oleh pemimpin dulu dan kini, suasana ekonomi semasa, dan secara amnya menyentuh tentang kedatangan pilihanraya umum yang akan berlangsung dalam masa terdekat.


Dari jauh: Ucapan oleh Y.A.B. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd . Tajul Rosli Bin Ghazali

Dari kiri: Suzan, Izlin dan Jamaliah(Kak Yong).