15 March, 2008

SEHARI SEBELUM PRU 12

Tarikh: 7 Mac 2008
Tempat: Pejabat UMNO, Gopeng
Masa: 6.00 petang




FOTO PRU12

Nana+Zura
Suzen bersemangat walaupun panas terik!Suzen+Ila the Warrior
Kenangan bersama Datin
Kelihatan Aida, Kak Ju, Suzen, Ila, Abg. Tuah, Cikgu Taufik, Abg. Ujang, Abg. Adik, Hasnol, Zura, Kak Tun, Izan, Shaeda.

06 March, 2008

LAWATAN KE BILIK GERAKAN DUN SG. RAPAT

Tarikh: 4 Mac 2008
Tempat: Bilik Gerakan DUN Sg. Rapat
Masa: 11.00 malam

Puteri Gopeng telah membuat lawatan ke Bilik Gerakan DUN Sg. Rapat selepas pulang dari Majlis Bersama Calon di Batu Gajah.

MAJLIS BERSAMA CALON DI RAPAT SETIA

Tarikh: 5 Mac 2008
Tempat: Dewan Orang Ramai, Rapat Setia
Masa: 8.30 malam

Majlis Bersama Calon di Rapat Setia telah mendapat sokongan dan sambutan yang di luar dugaan kerana telah dihadiri oleh penyokong Barisan Nasional dari pelbagai kaum.

Turut menghadiri majlis iaitu Dato' Ling Hee Leong (Calon Parlimen P071), Saudara Alex (Calon Dun Simpang Pulai N44), Puan Hamidah Haji Osman (Calon DUN Sg. Rapat N43), Encik Hamzah (Timbalan Ketua Bahagian)dan Toh Sedewa Raja, Dato' Abdul Talib Bin Abdul Fahmi (Naib Ketua Bahagian).

Ucapan dari Dato' Ling Hee Leong
Bergambar bersama Saudara AlexHadirin yang memenuhi dewan

MAJLIS BERSAMA CALON DI BATU GAJAH

Tarikh: 4 Mac 2008
Tempat: Kg Tersusun, Kg. Pisang, Batu Gajah
Masa: 8.30 malam

Program Majlis Bersama Calon telah diadakan di tapak Kg. Tersusun, Kg. Pisang, Batu Gajah yang dihadiri oleh calon Parlimen Gopeng P071, Dato' Ling Hee Leong (Anak kepada Tun Ling Leong Sik).

Puteri UMNO Gopeng seramai 20 orang telah memberi sokongan padu dengan menghadiri majlis tersebut.

Majlis tersbut telah dianjurkan oleh Pemuda UMNO Gopeng yang diketuai oleh Saudara Hang Tuah Din dengan bantuan mantan Ketua UMNO Bahagian Gopeng, YB Mustafa Kamal.Dato' Ling Hee Leong memberikan ucapanIsteri kepada Dato' Ling Hee Leong (Berbaju Hitam)

04 March, 2008

Ceramah Pilihanraya di Kg. Paya Rengas

Tarikh: 3 Mac 2008
Tempat: Kg. Paya Rengas
Masa: 9.00 malam

Puteri Gopeng telah mengadakan lawatan ke Kg. Paya Rengas dan juga mendengar ceramah pilihanraya. Antara yang hadir ialah Izan, Aida, Kak Ana dan Ika.

03 March, 2008

Program Sukan Malam Negeri Perak

Tempat: Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak
Tarikh: 24 Februari 2008
Masa : 8.00 malam


Puteri Gopeng telah menjadi Naib Johan bagi perlawanan Bola Jaring di dalam Program Sukan Malam Negeri Perak anjuran Kementerian Belia Dan Sukan Negeri Perak.
(Maklumlah sukan malam, sebab tu la gambar gelap sikit.hehehe)

Puteri Gopeng vs Penjara Batu Gajah

Tarikh: 27 Februari 2008
Tempat: Padang Taman Seri Raia
Masa: 6.00 petang


Perlawanan Persahabatan dengan team Penjara Batu Gajah di Taman Seri Raia, Puteri Gopeng Menang dengan mata 19 berbalas 8.

Lawatan ke Bilik Gerakan DUN N44 & N43

Tempat: Bilik Gerakan DUN N44 & N43
Tarikh: 28 Februari 2008
Masa: 9.00 malam

Antara AJK Puteri Bahagian Gopeng yang hadir ke bilik gerakan DUN N44 & N43 ialah Kak Yong, Kak Ju, Kak Ana, Shima, Izan dan Aida.
Bilik Gerakan Kg. Sungai Rokam
Bilik Gerakan Taman Ipoh Jaya

KOPI BN UNTUK DIJUAL!!!

PENGUMUMAN!

KOPI BARISAN NASIONAL SUDAH SEDIA DIJUAL DENGAN HARGA RM1.50 SEPEKET.

BERMINAT SILA HANTARKAN PESANAN ANDA KE RUANGAN 'COMMENT' DI BAWAH.

01 March, 2008

LAWAK PILIHANRAYA (Blog UMNO Cwgn Desa Jaya)

Nama2 DUN dalam Malaysia

DUN yg paling sejuk, DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa, DUN Air Tawar
DUN yg paling panas, DUN Pedas
DUN yg paling miskin, DUN Sekupang
DUN yg paling muda, DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah, DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yg banyak hantu, DUN Pucong
DUN yg ada istana, DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik, DUN Sg Ada Burung
.DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Panglima Garang
DUN paling banyak berahsia, DUN Tell Anybody kehkehkeh..