23 May, 2008

Puteri Gopeng vs Ipoh Specialist Hospital

Tarikh:21/5/2008
Tempat:Padang Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Berdiri dari kiri :Kak Intan (Pengadil), Eja, Aida, Intan, Izan, Iza, Along & Nurul.

21 May, 2008

Melayu - Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perut

Selalu pecah di mulut,

Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu

Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu

Malah mua’alaf bertakrif Melayu


Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya


Kias kata bidal pusaka

Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal

tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga


Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali


Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu

Menikam dengan pantun

Menyanggah dengan senyum

Marahnya dengan diam

Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut

Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Segala yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:


“Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan

Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

20 May, 2008

SAYANGI BANGSA MELAYU

Memang Melayu menjadi Tuan dalam Tanah Melayu dahulu.
Kita boleh panggil diri kita “Tuan” tetapi jika kita terpaksa bergantung kepada orang lain dan kita menjadi kuli kepada mereka, memanggil diri kita Tuan tidak bermakna.
Dalam 50 tahun kita merdeka, kuasa politik ada pada kita. Ini membolehkan kita panggil diri kita “Tuan”. Tetapi kita tidak Tuan sepenuhnya.Kita boleh jadi Tuan dengan ertikata yang bermakna jika orang Melayu berkebolehan dan berjaya dalam bidang ekonomi dan sosial juga. Ini boleh dihasilkan jika kita sanggup tuntut ilmu dan segala kemahiran dizaman teknologi tinggi. Tetapi kita amat kurang berusaha kearah ini. Kita lebih suka cari jalan mudah. Biar sahaja orang bekal segala-galanya kepada kita.
Hari ini kuasa politik pun sudah terlepas dari tangan orang Melayu. Dan orang bukan Melayu tidak lagi menghormati orang Melayu dan institusi-institusi Melayu. Segala-gala yang dianggap sebagai hak istimewa orang Melayu disoal dan dicabar. Dan orang Melayu tidak membuat apa-apa untuk menangkis semua ini dan mengukuhkan kedudukan mereka. Sebaliknya mereka meminta-minta orang tertentu mempertahankan kedudukan orang Melayu.
Nasib orang Melayu ada ditangan orang Melayu. Kita tidak jadi “Tuan” dengan mengungkit sejarah semata-mata. Kita boleh jadi “Tuan” jika kita berani bertindak, kita sanggup menghadapi risiko, kita berusaha untuk menguasai semua ilmu dan kecekapan sehingga tidak perlu bergantung kepada sesiapa.
Penafian hakikat yang nyata dan benar tidak akan menghasilkan apa-apa. Hanya dengan mengakui kita mempunyai masalah yang besar dan kita bertindak untuk mengatasi masalah itu barulah dapat kita tebus balik maruah kita.
Ketika itu tanpa memanggil diri kita “Tuan” dunia akan iktiraf kita sebagai Tuan yang sebenar.

dipetik dari http://www.chedet.com

Quote for the Day

"its better to be friends with the devil that you know rather with the angel that you dont know"....-Tun Mahathir Mohamad (Nirwana Ballroom, KL Hilton, 1982)

19 May, 2008

Hospital Taiping vs Puteri UMNO Gopeng

Tarikh: 9 Mei 2008
Tempat: Padang Dewan Bandaraya Ipoh
Masa: 6.00 petang

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring di antara Pasukan Hospital Taiping dan Puteri UMNO Gopeng di padang DBI dekat sebelah padang Rugbi



Pasukan Puteri UMNO Gopeng, Duduk Dari Kiri:-Ina, Ecah, Nurul, Yam, Ika, Izan, Intan, Zha & Aida.

04 May, 2008

PUTERI GOPENG KE TERENGGANU

Tempat: Terengganu
Tarikh: 28 hingga 29 Mac 2008

Perlawanan Bola Jaring Puteri Gopeng dan Majlis Daerah Kinta Barat bersama pasukan dari Terengganu.

LAWATAN BERSAMA SUK PERAK

Tempat: SUK MELAKA
Tarikh: 25 hingga 27 April 2008

Lawatan bersama SUK Perak ke SUK Melaka.