28 February, 2009

SENARAI CALON EXCO PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA MENGIKUT NOMBOR

PENGERUSI TETAP PUTERI
(01) Roslinda Binti Abd Rahman – Rasah
(02) Azlieza Binti Azizan – Tangga Batu

TIMBALAN PENGERUSI TETAP PUTERI
(01) Hasspalela Binti Mohammed Hassan – Kulai
(02) Rosmarynda Binti Mohamad Rasidi – Bandar Tun Razak
(03) Zakiah Binti Kalipunya – Semporna

KETUA PUTERI
(01) Ismalina Binti Ismail – Wangsa Maju
(02) Shahaniza Binti Shamsuddin – Maran
(03) Ida Rahayu Binti Md Noor – Petaling Jaya Utara
(04) Rosnah Binti Hj Abd Rashid Shirlin – Papar
(05) Saarah Binti Ali Bashah – Seputeh
(06) Bibi Sharliza Binti Mohd Khalid – Rembau

NAIB KETUA PUTERI
(01) Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi – Lembah Pantai
(02) Wan Norashikin Binti Wan Noordin – Pasir Salak
(03) Nordiana Binti Shafie – Kuala Terengganu
(04) Haslinda Binti Mohd Zerain – Ampang
(05) Shahanim Binti Mohamad Yusoff – Sungai Petani

AHLI JAWATANKUASA PUTERI
(01) Roselinda Binti Abd Jamil – Klang
(02) Norhasmimi Binti Abdul Ghani – Kuala Krau
(03) Zurina Binti Abd Rahman – Hulu Terengganu
(04) Shahanim Binti Mohamad Yusoff – Sungai Petani
(05) Siti Fatimah Binti Amir – Setiawangsa
(06) Jamilah Hanim Binti Othman – Petaling Jaya Selatan
(07) Hamizah Binti Abdollah Zawawi – Putrajaya
(08) Fatimah @ Nik Fatimah Binti Haji Nik Salleh – Tumpat
(09) Azifah Binti Abdul Rahman – Pokok Sena
(10) Rita Syarinda Binti Manaf Najid – Dungun
(11) Rosmarynda Binti Mohamad Rasidi – Bandar Tun Razak
(12) Azana Rita Binti Abdul Aziz – Tambun
(13) Ellyana Binti Mohd Muslim Tan – Padang Besar
(14) Zauyah Binti Zainuddin – Bandar Tun Razak
(15) Rohaiza Binti Yang Yussof – Kuala Kangsar
(16) Azlinda Binti Alis – Kubang Kerian
(17) Wan Zawiyah Binti Wan Halim – Kubang Pasu
(18) Norhamizah Binti Mat Tahir – Selayang
(19) Dg Maimunah Binti Sidek – Sipitang
(20) Azliza Binti Ahmad – Seputeh
(21) Nordiana Binti Shafie – Kuala Terengganu
(22) Noor Marry Binti Abdul Karim – Jelebu
(23) Nashua Binti Fauzun – Segambut
(24) Wan Noor Dizamdila Binti Wan Mustapa – Arau
(25) Masmira Binti Mohd Salleh – Bukit Bintang
(26) Azlinda Binti Zubir @ Zubin – Bukit Katil
(27) Emm Roosehaziram Binti Mohd Rahim – Pengkalan Chepa
(28) Fahariyah Binti Md Nordin – Ledang
(29) Jamilah Binti Awang – Nibong Tebal
(30) Faraha Binti Ismail – Mersing
(31) Zahida Binti Zarik Khan – Pandan
(32) Norsabrina Binti Mohd Noor – Kulim-Bandar Baharu
(33) Nur Fazlim Binti M Mohamed Kunju – Kemaman
(34) Mas Ermieyati Binti Samsudin – Masjid Tanah
(35) Idamoerni Binti Zakaria – Bukit Gelugor
(36) Isfarina Binti Mohd Bali – Ipoh Barat
(37) Hasrunizah Binti Hassan – Pontian
(38) Rina Binti Mohd Harun – Sepang
(39) Wan Norashikin Binti Wan Noordin – Pasir Salak
(40) Hamidah Binti Mohd. Jaffar – Putatan
(41) Asmaiza Binti Ahmad – Padang Besar
(42) Anita Binti Murad – Tenggara
(43) Julie Binti Sabran – Beluran
(44) Hartini Binti Abdul Rahman – Jerantut
(45) Herni Azura Binti Ghafar – Subang
(46) Seriwani Binti Sabtu – Setiawangsa
(47) Norashikin Binti Abdul Rahman – Rasah
(48) Huzry Fionnawatty Binti Hussein – Segambut
(49) Inahwyati Binti Jaini – Tenom
(50) Noor Hayati Fitrah Binti Shahril – Bayan Baru
(51) Wan Salwati Binti Abdullah – Seremban
(52) Nik Nora Hiryani Binti Nik Mohamed Yusoff – Gua Musang
(53) Nor Azita Binti Abdul Rahman – Pekan

24 February, 2009

JMJ di Blog alhusseyn



Petikan dari http://alhusseyn51.blogspot.com/search?updated-max=2009-01-08T03%3A42%3A00%2B08%3A00&max-results=20

Mat Taib kecewa : pintu pagar dewan tidak berkunci

Satu usaha untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat Negeri Perak telah berjaya dipatahkan.Mereka merangka mahu menjadikan isu kanak-kanak Tadika Kemas di negeri Perak kononnya dihalang daripada belajar. Rancangan jahat mereka mahu memerangkap MB Nizar bahawa beliau telah mengeluarkan arahan supaya semua dewan orang ramai yang selama ini digunakan oleh Kemas supaya di kunci dan ditutup ; tidak dibenar gunakan oleh Kemas.

Mereka mengatur rancangan tersebut hingga sanggup menjemput Menteri yang pernah ditangkap kerana memikul berkilo-kilo wang di Australia dan yang pernah mengusung lari seorang Puteri Raja ke Thailand dengan tujuan mahu mensensasikan isu kanak-kanak Tadika Kemas tidak dapat masuk ke kelas ( Dewan Orang Ramai) di Taman Seri Ampang, Ipoh Perak.

Bayangkan, jam 8.00 pagi, telah tercegat dihadapan dewan orang ramai tersebut seorang jurukamera TV3 sedang mengambil gambar! Kelihatan seorang wanita lingkungan 30-an mundar mandir , ke hulu hilior yang kemudian saya ketahui dia adalah guru tadika Kemas di situ.

Saya juga turut merakamkan suasana disitu ketika itu dan sempat menemuramah guru tadika tadi. Pada mulanya dia kata dia tak boleh beri komen apa-apa "Tunggu sehingga boss saya, Pengerusi Kemas Perak datang bila-bila masa nanti," katanya

Tapi saya terus bertanyakan sesuatu kepadanya dan dia pula memberikan respon yang baik.Saya gembira berbual dengannya.He! he! Jangan ada sesiapa yang jealous.

Guru tersebut memberitahu saya bahawa pagar dewan tersebut berkunci dan mereka tidak dapat masuk kedalam dewan.Dia juga turut memberitahu saya bahawa Dato Seri Muhamad Mohd Taib akan datang kesitu sebentar lagi. Dia nampak gah dan teruja apabila memberitahu saya tentang kehadiran Menteri Kaki Pikul dan Usung itu kesitu.....

"Eleh!" bisik hati saya yang meluat melihatkan gelagat Cikgu Tadika tadi yang berasakan dirinya begitu glamor pagi itu kerana tadikanya yang cuma 6 orang murid itu akan dikunjungi oleh seorang Pak Menteri Kaki Pikul dan Usung itu!

Saya hampiri jurukamera TV3 tersebut dan memberitahunya bahwa pintu pagar tersebut sebenarnya tidak berkunci sebagaimana yang didakwa.

Apabila guru tersebut mula mengatur murid-murid dihadapan pagar dewan untuk diambil gambar yang kononnya mereka tidak dapat masuk kedalam dewan kerana berkunci, saya kedepan lalu menarik rantai pagar yang tidak berkunci itu.

“Tengok ni, mana berkunci!” Saya memberitahu guru tersebut yang kelihatan tergamam kerana tidak menjangkakan pintu itu sebenarnya tidaklah berkunci sebagaimana dakwaannya sebentar tadi.Jelas terbukti bahawa dia tidak meneliti atau mencuba untuk membuka pintu pagar tersebut. Tetapi agak pelik apabila dia meminta saya supaya meletakkan semula rantai tersebut seperti sediakala.

“Nak buat apa?” saya bertanya. Lalu saya membuka pintu pagar dan menyuruh kanak-kanak tadika di situ supaya masuk.

Saya membuka pula pintu dewan sambil berkata, “Tengok , pintu ini pun tidak berkunci!” dan meminta kanak-kanak tadika supaya masuk ke dalam ruang dewan itu.

“Tentu pagi-pagi tadi lagi pintu dewan ni dah dibuka,” rungut guru tersebut.

“Memanglah!” Jawab saya , “Takkanlah semalaman dewan ini mahu dibiarkan tidak berkunci!?” Tanya saya semula kepadanya.Dia tidak berkata apa-apa. Dia gugup dengan keadaan yang diluar jangkaannya itu.
Mungkin dia sedang berfikir : Macammana ni? Menteri dah di panggil, TV3, RTM semua dah dipanggil untuk buat liputan tentang pintu pagar dewan berkunci dan budak-budak Tadika Kemas tidak dapat masuk kedalam dewan untuk belajar.....Rosak! rosak! rosak! Rancangan nak mensensasikan isu ini dah tak menjadi! Hancus!

Jam 9.00 pagi, maka tibalah Menteri Tukang Pikul dan Usung itu. Puak-puak Umno ketika ini pun dah ramai yang tiba.

Saya bertanya kepada salah seorang yang saya kenali , “Hang jauh-jauh datang ke sini pasai apa?”

“Aku terima SMS tadi….” Jawabnya. Kawan ni datang dari tempat yang agak jauh. Anak dia pun bukan ngaji kat tadika Kemas sini.Yang lain-lain pun bukan dari taman tersebut; tapi buat apa datang? Nampak sangat telah dirancang. Puak-puak ni tak ubah macam langau jumpa bangkai; bisik hati saya.

Saya turuti langau-langau itu masuk ke dalam dewan. Saya hanya memerhatikan Menteri tersebut berlakon sebagai seorang yang baik dengan meriba kanak-kanak di situ.

datang berkereta pagi-pagi buta dari Kuala Lumpur semata-mata mahu melawat Tadika Kemas di Seri Ampang , Ipoh ini yang hanya mempunyai 6 orang murid. Apa istimewanya tadika tersebut?

Walau apa pun, yang jelasnya bahawa Menteri tersebut berasa kempunan kerana tidak dapat melihat pintu dewan tersebut berkunci .Beliau berasa hampa dan keciwa bila melihat kanak-kanak tadika Kemas disitu dapat menggunakan dewan orang ramai tanpa halangan untuk belajar.

Bukan Mat Taib sahaja yang hampa dan kecewa, Tokoh Maal Fitnah lagilah berasa hampa, keciwa dan merana kerana perangkap dan ramalannya tidak mengena kali ini.

Kita bersyukur kerana Allah terus membantu kami dalam menghadapi tipu helah musuh durjana seperti mereka itu.Kita akan terus berwaspada dan berdoa agar Allah terus melindungi kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat.


(Maaf, tidak dapat nak upload gambar video yang saya rakam - Streamyx dan Broadband ni sangat menghampakan.Saya turut memahami bagaimana kehampaan yang dirasai oleh mereka yang hampa hari ini....)

23 February, 2009

Kejohanan Bola Jaring Perbadanan Putrajaya

Tarikh: 22 Februari 2009
Tempat: Putrajaya

32 pasukan telah menyertai kejohanan ini dan pasukan yang paling jauh mengambil bahagian adalah pasukan Puteri Gopeng.

Permainan adalah secara kalah singkir.

Game pertama, Puteri Gopeng menewaskan Bomba 13-4.
Game kedua, Puteri Gopeng menewaskan Royal 16-6.
Game ketiga, (suku akhir) Puteri Gopeng tewas dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil 7-9.

Berdiri dr kiri: - Miza, Ecah, Wirda, Aida & Nurul
Duduk dr kiri : - Husna, Izan, Ziha & Liza

20 February, 2009

Pertandingan Bowling Puteri UMNO Gopeng

Tarikh: 19 Februari 2009
Tempat: Jaya Jusco Ipoh
Masa: 8.30 Malam

Biro Sukan Puteri UMNO Bahagian Gopeng telah mengadakan Pertandingan Bowling di antara AJK, Ketua-Ketua Puteri Cawangan dan ahli-ahli.

Emcees of the Day (Atas Permintaan Suzen ye. ehehe)



Urusetia bersama pemenang-pemenang

19 February, 2009

Penerangan Isu semasa

Tarikh: 15 February 2009
Tempat: Bangunan UMNO Perak
Masa: 10.oo pagi

Taklimat penerangan isu-isu semasa berkenaan mendaulatkan kesultanan raja-raja telah dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Puteri UMNO Bahagian Gopeng.

Dari kiri-
Izlin (Ketua Penerangan), Suzen (Bendahari), Izan (Naib Ketua) & Juli (Ketua).

15 February, 2009

Calon-Calon Ketua Puteri UMNO Malaysia



Calon 1
Nama: YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Umur: 37 tahun
Asal: Kota Belud,Sabah
Jawatan: Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Dengan Kepujian) (Universiti Islam Antarabangsa)


Calon 2
Nama: YB Bibi Sharliza Bt Mohd Khalid
Umur: 39 tahun
Asal: Negeri Sembilan
Jawatan: Setiausaha Pergerakan Puteri Umno Malaysia
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan , UiTM Shah Alam





Calon 3
Nama: YB Dato' Shahaniza Samsuddin
Umur: 39 tahun
Asal: Pahang
Jawatan: Ketua Penerangan Pergerakan Puteri Umno Malaysia
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan kepujian Kelas Dua Atas, UKM





Calon 4
Nama: Y. Bhg. Datin Ismalina Ismail
Umur: 38 tahun
Asal: Perak
Jawatan: Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia
Kelulusan: Ijazah Sarjana Kaunseling, UM





Calon 5
Nama: Azlina Mehtab Mohd Ishaq
Asal: Pulau Pinang
Jawatan: Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia, Ketua Puteri Pulau Pinang




Calon 6
Nama: Ida Rahayu Datuk Hj Md Noor
Asal: Petaling Jaya Utara
Jawatan: Penerbit Drama / Filem
Kelulusan: Ijazah Pengurusan Perniagaan, Swansea, England,

Calon 7
Nama: Saarah Ali Basha
Asal: Terengganu

Calon-Calon Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia


Calon 1
Nama:YB Nolee Ashilin Mohammed Radzi
Jawatan: ADUN Tualang Sekah, Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia



Calon 2
Nama:Shahanim Mohamad Yusoff
Jawatan:Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Ketua Puteri UMNO Kedah



Calon 3
Nama:YB Dr. Wan Norashikin bte Wan Noordin
Jawatan:ADUN Kg. Gajah, Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Ketua Puteri UMNO Perak

Calon 4
Nama: YB Senator Datuk Nordiana Shafie
Jawatan:Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Ketua Puteri UMNO Terengganu



Calon 5
Nama: Haslinda bte Mohd Zerain
Jawatan:Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

14 February, 2009

Mesyuarat AJK Bahagian Gopeng 4/2009

Tarikh: 12 Februari 2009
Tempat: Pejabat UMNO Bahagian Gopeng
Masa: 8.30 malam

Mesyuarat AJK Bahagian Gopeng 4/2009 telah membincangkan isu-isu berbangkit dan juga berkenaan aktiviti Biro Sukan iaitu Perlawanan Bowling antara Ketua-Ketua Puteri Cawangan Bahagian Gopeng pada 19 Februari 2009.
Di akhir mesyuarat, Puteri Gopeng menyambut Hari Lahir tiga orang AJK Nurul, Ina dan Safura.

12 February, 2009

Makan Malam di Hainan Chicken Rice

Tarikh: 12 Februari 2009
Tempat: Hainan Chicken Rice Restaurant, Ipoh
Masa: 8.30 malam

Majlis makan malam yang santai dihadiri oleh teman-teman Puteri UMNO untuk beramah mesra, mengeratkan silaturrahim sambil membincangkan isu-isu semasa dari pandangan Puteri UMNO.


Dari kiri Emy Samsudin (Ketua Puteri Melaka), Kak Ros (Ketua Puteri Ipoh Timor), Kak Airin (Naib Ketua Puteri Ipoh Timor), Kak Idamoerni (Ketua Puteri Bukit Gelugor), Kak Juli (Ketua Puteri Gopeng), Kak Izan (Naib Ketua Puteri Gopeng), Kak Mornee (Pengerusi Tetap Puteri Ipoh Timor).

Berdiri di belakang Suzen (Bendahari Puteri Gopeng), Nazila (Setiausaha Puteri Gopeng) dan Nana.

Program HIMPUNAN TAAT SETIA KPD TUANKU

Tarikh: 9 Februari 2009
Tempat: Padang Dewan Bandaraya Ipoh, Jln Sultan Abdul Jalil
Masa: 2.00 Petang

Program HIMPUNAN TAAT SETIA KPD TUANKU diadakan untuk menunjukkan kesetiaan kepada Sultan di atas kemelut yang melanda negeri Perak.

Puteri Gopeng yang hadir di antaranya Juli, Izan, Ila dan Rehan.

Majlis Perkahwinan


Seramai 4 orang Puteri Gopeng telah menghadiri majlis perkahwinan adik kepada Ketua Puteri Bahagian Gopeng, Saudari Juli, di Kulim, Kedah pada 31 Januari yang lalu.

Dari kiri, Ila, Izan, Juli, Suzen dan Kak Yong.

11 February, 2009

EXCO BARU PERAK

Seramai enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri (Exco) Perak yang baru telah dilantik dan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Mereka terdiri dari dua muka lama dan empat muka baru seperti berikut:
2 bekas Exco

YB Datuk Ramly Zahari (Adun Manong) Datuk Saarani Mohamad (Adun Kota Tampan)

dan 4 Muka baru

YB Dr Mah Hang Soon (Adun Chenderiang), Ketua Pemuda MCA
YB Mohd Zahir Abdul Khalid (Adun Kamunting)
YB Zainol Padzi Paharudin (Adun Sungai Manik), Ketua Pemuda UMNO

YB Hamidah Osman (Adun Sungai Rapat), Ketua Wanita UMNO Gopeng

09 February, 2009

Anda dikesan

http://www5.cbox.ws/box/?boxid=345281&boxtag=4719&sec=main

9 Feb 09, 10:09
AnakJantan: PRU-13 akan terhapuslah BN di Bumi Perak ini...
9 Feb 09, 10:07
AnakJantan: Satu Rampasan Kuasa Yang Paling Hina dan Menjijikkan dilakukan oleh BN dlm sejarah negara....
9 Feb 09, 01:17
Tak Patut :: Ini la masa pimpinan perlukan kita...
9 Feb 09, 01:16
Tak Patut :: Sape tak pegi jangan le terasa..tapi memang elok pun terasa..
9 Feb 09, 01:15
Tak Patut :: Mike cakap bukan main lagi..orang sedang berperang mike duduk rumah.
8 Feb 09, 23:02
ketiaw: mak aii..geram giler ngn umno.ni bukan main kotor dh ni.ni main taik name nye.
8 Feb 09, 22:18
Lepatlabu: Pendekar laut: Jng bnyk loan. Nanti bnyk hutang. Salah satu dari kelemahan kita untuk jihad iaitu hutang. Hutang kereta, rumah, koop dll. Bila kita mati kita tinggall hutang,
8 Feb 09, 22:12
Lepatlabu: Dngr nama pun dan meroyan (puteri) nak buka blog dia. geli tubuh kerajaan haram
8 Feb 09, 14:22
Bai: Pak Majid dah sihat dan dah balik ke Taman Kinta...
8 Feb 09, 00:51
Bai: sila buka TVA di atas..untuk maklumat yang tepat drpada pakar undang-undang..
7 Feb 09, 23:50
hackers: najib memang setan
7 Feb 09, 23:10
Bai: Tempat Ceramah Dah Bertukar ke Rumah MB..
7 Feb 09, 14:16
PendekarLaut: Sila klik link http://puterigopeng.blogspot.com utk protes
7 Feb 09, 14:11
PendekarLaut: http://puterigopeng.blogspot.com
7 Feb 09, 14:11
PendekarLaut: Kalau nk protes BN laknatullah bleh klik website ni puterigopeng.blogspot.com boleh chat kat sana..jom ramai2 protes
6 Feb 09, 23:56
semut puteh///: woi,mangkuk ayun punyer Najib ang men kotor bleh r mng smpkan Sultan n 4 adun Pr pon ang beli..Bn Bachoi!!!
6 Feb 09, 17:55
PR: Tahniah Kepada Kerajaan Haram Jadah BN Perak...
6 Feb 09, 17:15
pisau lipat: ana baru blik dri kuala...suasana di sana amat menyedihkan...
5 Feb 09, 23:46
PendekarLaut: umno=yahudi=umno=yahudi=umno=yahudi=umno=yahudi=umno=yahudi=umno=yahudi=umno=yahudi=najib=yahudi=bn=yahudi=org umno.
5 Feb 09, 23:44
PR: Suara Pengkianat....
[older messages]

06 February, 2009

Zambry MB Perak


Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir


Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, 47, diumumkan Menteri Besar Perak ke-11 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau akan mengangkat sumpah pada Jumaat manakala barisan Exco pada Selasa.

05 February, 2009

Tahniah! BN Terajui Perak Semula!

PM: BN Sedia Tubuh Kerajaan Baru Di Perak

PUTRAJAYA, 4 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak berikutan kesediaan empat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri itu yang telah meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Terima kasihlah kalau mereka sudah ambil keputusan untuk menyatakan sokongan kepada BN, BN terima dan kita ucapkan terima kasihlah," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesembilan di sini, Rabu.

Empat wakil rakyat itu ialah Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adun Jelapang, Hee Yit Foong daripada DAP, dan Adun Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR tetapi kembali semula kepada Umno.

"Kalau ada bilangan cukup tentu sekali kita mahu mengambil langkah itu (tubuh kerajaan)," kata Abdullah, yang juga pengerusi BN ketika mengulas mengenai BN yang memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan empat Adun itu meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN.

Berikutan perkembangan terkini, BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media berasingan hari ini menjelaskan walaupun BN mempunyai bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sama banyak dengan Pakatan Rakyat tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketiga-tiga wakil rakyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar daripada kalangan anggota BN.

Mengulas sama ada BN akan menimbangkan untuk mengadakan pilihan raya mengejut, Abdullah berkata perkara itu adalah di bawah bidang kuasa Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Bagaimanapun, katanya, timbalannya Najib akan menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada baginda bahawa BN kini mempunyai majoriti di DUN Perak.

Ditanya sama ada BN akan mengemukakan undi tidak percaya, Abdullah berkata perkara itu belum diputuskan tetapi beliau menyifatkan ia sebagai satu tindakan pilihan.

Kepada soalan sama ada beliau yakin rakyat Perak akan dapat menerima kerajaan BN untuk kembali memerintah di negeri itu, beliau berkata: "Ia terserah kepada rakyat."

Beliau bagaimanapun yakin apa yang lebih penting bagi rakyat ialah keupayaan kerajaan untuk memimpin dan melaksanakan pembangunan serta menjamin kestabilan politik dalam negeri.

Berhubung Adun Behrang dan Adun Changkat Jering yang kini berhadapan dengan pertuduhan kes rasuah yang kemungkinan boleh menjejaskan imej Umno, Perdana Menteri berkata setakat ini mereka belum lagi terbukti bersalah.

Ditanya sama ada BN telah mempunyai calon Menteri Besar Perak, Abdullah berkata : "Nanti dululah".

Terdahulu, ketika menyampaikan amanatnya kepada warga perkhidmatan awam, Abdullah berkata sektor awam merupakan jentera penting yang boleh menjamin pertumbuhan ekonomi dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu sekarang.

Beliau berkata dalam keadaan ekonomi yang lembap ini, rakyat berharap sektor awam dapat menjadi fasilitator utama yang dapat merancakkan ekonomi dengan keputusan-keputusan terbaik dan tepat berhubung ekonomi negara.

"Kalau dulu kita dapat hadapi cabaran kenapa tidak sekarang," katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata semua pihak termasuk pentadbir dan pemimpin perlu bekerjasama menghadapi cabaran-cabaran semasa yang dihadapi dalam negara.

-- BERNAMA