18 February, 2010

Tragedi Akibat Futsal

Tarikh : 17 Februari 2010
Tempat : Sportplanet Menglembu

Tragedi telah berlaku ke atas Naib Ketua Puteri UMNO Gopeng iaitu Pn. Norizan atau Kak Izan akibat bermain futsal. Kaki beliau sebelah kiri patah dan telah menjalani pembedahan masukkan klip pada tulang. Semoga kak izan cepat sembuh dan sabar hadapi dugaan ini. Kami sentiasa mendoakan kesihatan kak izan.

02 February, 2010

Majlis Graduasi Kursus 1 Puteri Sang Saka Bangsa


Peserta-Peserta Kursus Puteri UMNO Bahagian Gopeng Yang Hadir


Ketua Puteri UMNO Bahagian Gopeng, Sdri Juliliyana Bt. Mohd Junid
menerima Sijil Tamat Kursus dari YAB Menteri Besar Perak


Bertempat di Kem PLKN Kg Baharu (L) Ayer Tawar, Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak dengan kerjasama Sekretariat Latihan UMNO Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Graduasi Kursus 1Puteri Sang Saka Bangsa yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry bin Abdul Kadir. Majlis ini telah menghimpunkan seramai 683 peserta daripada ambilan pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima kursus tersebut yang telah dijalankan sebelum ini secara berperingkat-peringkat bermula dengan Siri 1 pada 4 Disember 2009 dan berakhir dengan Siri 5 pada 31 Januari 2010. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Sekretariat Latihan UMNO Negeri Perak, YB Dato' Saarani Haji Muhammad.



01 February, 2010

Pertandingan Bola Jaring Harian Metro

Tarikh : 31 Januari 2010
Tempat : Taman Tasik Taiping

Syabas dan sekalung tahniah buat semua pemain bola jaring Puteri Gopeng diatas kemenangan yang telah dicapai. Semoga anda semua akan terus berjaya pada pertandingan akan datang.

Pemain Puteri Gopeng Yang Comel...


Johan Pertandingan