21 August, 2010

Majlis Berbuka 'Nur Kasih Ramadhan'

Tarikh : 22 Ogos 2010

Tempat : Hotel Seri Malaysia, Ipoh Perak.

Majlis di anjurkan oleh Puteri UMNO Bahagian Gopeng. Meraikan Ibu Tunggal, Warga Emas dan Ibu kepada semua AJK die semua Zon Bahagian Gopeng, AJK Puteri UMNO Bahagian dan Ketua-ketua Puteri Cawangan juga insan-insan mulia yang telah memberikan sumbangan untuk menjayakan program ini.

15 July, 2010

Sisipan Berita

Tahniah kepada Biro Belia Dan Sukan Puteri UMNO Ng Perak kerana telah menjalankan program dengan jaya nya dan tahniah jg kepada pu3 Gopeng yang telah menjadi JUARA.....




Keratan Akhbar Sinar Harian 15 Julai 2010

08 July, 2010

Bola Jaring Liga Sukan Puteri UMNO Negeri Perak

Tarikh : 04 Julai 2010
Tempat Dewan MSN, Ipoh

TAHNIAH..TAHNIAH!!! kepada semua pemain PUTERI UMNO BAHAGIAN GOPENG kerana telah menjuarai pertandingan Bola Jaring Liga Sukan Puteri UMNO Ng Perak pada 4/7/2010, sekaligus telah mewakili Puteri UMNO Ng Perak ke Pertandingan di peringkat Pusat.......


Piala Pusingan Bola Jaring


Puteri Gopeng B - Johan


Peserta Pertandingan Bola Jaring Liga Sukan
Puteri UMNO Negeri Perak


Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gopeng 2010

Tarikh : 3 Julai 2010
Tempat : Dewan TEMAN



AJK UMNO Bahagian Gopeng


Ketua Puteri UMNO Bahagian Gopeng
12 Perwakilan Puteri UMNO

02 July, 2010

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Gopeng 2010



Tarikh : 27 Jun 2010
Tempat : Dewan Genting, Hillcity Hotel

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Gopeng telah menjalankan tanggungjawab bagi tahun 2010 dengan mengadakan Mesyuarat Perwakilan dalam suasana aman dan santai. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Perak, Puan Salbiah Binti Mohamed. Turut hadir dalam upacara perasmian ialah YB. Dato' Hamidah Bt Osman, Adun Sg. Rapat selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Timbalan Ketua Bahagian, Mej (B) Hj Roslan, Naib Ketua Bahagian, Tn. Hj Mukhti, Wakil Perhubungan UMNO Negeri iaitu Puteri UMNO Sg. Siput serta Abg Hang Tuah Din & Pak Tok yang sentiasa mengambil berat dan sokongan kepada kami Puteri UMNO Bahagian Gopeng.


Perasmian Mesyuarat Perwakilan


Cabutan Nombor Bertuah


Wakil Perhubungan Negeri - PU3 Sg. Siput


Wakil UMNO Bahagian Gopeng

13 June, 2010

Pertandingan Bowling Liga Sukan Puteri UMNO Negeri Perak

Tarikh : 12 June 2010
Tempat : Ampang Bowl, Ipoh Parade

TAHNIAH!! Puteri UMNO Bahagian Gopeng iaitu Arina, Aida, Nurul & Ella kerana telah menjuarai pertandingan Bowling antara Media anjuran Puteri UMNO Negeri Perak. Sekalung Tahniah juga kepada Arina (Gopeng A-579 mata), Jamaeiyah (Ipoh Barat A-438 mata), Nor Azizah (Gopeng B-418 mata) dan Zaharatul (Ipoh Timur B-417 mata) yang akan mewakili Negeri Perak pada Peringkat Pusat...Syabas...

Johan Kumpulan - Gopeng A

Piala Kemenangan

Tempat Ketujuh - Gopeng B

01 June, 2010

3 On 3 Piala Ybhg Datin Seri, Isteri Menteri Besar Peringkat Negeri Perak

Tarikh : 30 May 2010
Tempat : Jab. Belia & Sukan Negeri Perak

Pasukan Puteri UMNO Bahagian Gopeng telah ke peringkat seterusnya dalam pertandingan Bola Jaring. Pasukan Puteri B telah mendapat tempat keempat manakala Puteri A tempat keenam. Tahniah kepada semua pemain...




25 May, 2010

Futsal Liga Sukan Puteri UMNO Negeri Perak

Tarikh : 23 May 2010
Tempat : SportPlanet Menglembu


Puteri UMNO Gopeng menghantar pasukan menyertai Futsal Liga Sukan Puteri yang telah diadakan baru-baru ini. Walaupun tewas hanya mendapat hadiah saguhati, tetapi semangat kesukanan dalam pasukan tetap utuh dan bersemangat. Semoga ikatan berpasukan akan terus ada dan lebih bersemangat untuk menyertai pertandingan-pertandingan akan datang. Tahniah!!








08 May, 2010

Pertandingan Bola Jaring 3 On 3

Tarikh : 08 May 2010
Tempat : Kompleks Rakan Muda Kampar

Puteri Gopeng menghantar 2 pasukan iaitu Puteri A & Puteri B. Puteri A diwakili oleh Nurul, Intan & Akma manakala Puteri B diwakili oleh Aida, Eija & Aisyah.

Pasukan Puteri A & B

Syukur alhamdulillah kedua-dua pasukan berjaya mendapat tempat dan mewakili Parlimen Gopeng-Kampar ke peringkat seterusnya bagi merebut Piala Ybhg. Datin Seri, Isteri Menteri Besar Perak.

Keratan Akhbar Sinar Harian

18 February, 2010

Tragedi Akibat Futsal

Tarikh : 17 Februari 2010
Tempat : Sportplanet Menglembu

Tragedi telah berlaku ke atas Naib Ketua Puteri UMNO Gopeng iaitu Pn. Norizan atau Kak Izan akibat bermain futsal. Kaki beliau sebelah kiri patah dan telah menjalani pembedahan masukkan klip pada tulang. Semoga kak izan cepat sembuh dan sabar hadapi dugaan ini. Kami sentiasa mendoakan kesihatan kak izan.

02 February, 2010

Majlis Graduasi Kursus 1 Puteri Sang Saka Bangsa


Peserta-Peserta Kursus Puteri UMNO Bahagian Gopeng Yang Hadir


Ketua Puteri UMNO Bahagian Gopeng, Sdri Juliliyana Bt. Mohd Junid
menerima Sijil Tamat Kursus dari YAB Menteri Besar Perak


Bertempat di Kem PLKN Kg Baharu (L) Ayer Tawar, Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak dengan kerjasama Sekretariat Latihan UMNO Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Graduasi Kursus 1Puteri Sang Saka Bangsa yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry bin Abdul Kadir. Majlis ini telah menghimpunkan seramai 683 peserta daripada ambilan pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima kursus tersebut yang telah dijalankan sebelum ini secara berperingkat-peringkat bermula dengan Siri 1 pada 4 Disember 2009 dan berakhir dengan Siri 5 pada 31 Januari 2010. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Sekretariat Latihan UMNO Negeri Perak, YB Dato' Saarani Haji Muhammad.



01 February, 2010

Pertandingan Bola Jaring Harian Metro

Tarikh : 31 Januari 2010
Tempat : Taman Tasik Taiping

Syabas dan sekalung tahniah buat semua pemain bola jaring Puteri Gopeng diatas kemenangan yang telah dicapai. Semoga anda semua akan terus berjaya pada pertandingan akan datang.

Pemain Puteri Gopeng Yang Comel...


Johan Pertandingan

25 January, 2010

Surprise Birthday!!!

Tarikh : 23 Januari 2010
Tempat : Pulau Pinang

Surprise!!! Happy Birthday to Kak Jue & Nurul...Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan terus berbakti memperjuangkan agama, bangsa, dan negara.



Nurul & Kak Jue


Antara AJK Puteri yang 'surprise' kan mereka

29 December, 2009

PERTANDINGAN FUTSAL

Tarikh : 26 Disember 2009
Tempat : Kompleks Rakan Muda, Sg. Siput

Pertandingan Futsal yang pertama disertai oleh Ahli-ahli Puteri UMNO Gopeng. Alhamdulillah pertandingan ini membawa kemenangan kepada Puteri Gopeng. Tahniah dan syabas.

14 December, 2009

PROGRAM INFO BESTARI

Tarikh: 13 Disember 2009
Tempat: Dataran Komuniti Bestari Kg. Kepayang

Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Hamidah Osman, Exco Kanan Negeri Perak.




YB Dato' Hamidah Osman, Exco Kanan Negeri Perak.

15 November, 2009

LATIHAN FUTSAL

Puteri UMNO Gopeng akan mengadakan Latihan Futsal seperti berikut:

Tempat: Extreme Park, Tambun.
Waktu: Setiap Isnin, 8.00 hingga 10.00 malam.
Bayaran: +-RM5.00 Seorang.

Kepada ahli-ahli Puteri yang berminat, anda dijemput datang beramai-ramai untuk mengasah bakat terpendam anda. ;p



11 November, 2009

Pertandingan Bowling Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Gopeng

Tarikh: 7 November 2009
Tempat: Greentown Mall Bowl, Ipoh
Waktu: 8.00 malam

Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Gopeng telah mengadakan Pertandingan Bowling untuk mengeratkan silaturrahim dalam menjadikan ia sebagai satu acara tahunan buat ahli-ahli UMNO Bahagian Gopeng.

Acara telah dirasmikan secara simbolik, yang mana ketua Puteri, Saudari Juliliyana dan Ketua Pemuda, Saudara Arlizam melepaskan bola bowling ke lorong bowling masing-masing.

Hadiah bagi tempat pertama, kedua dan ketiga berupa trofi, beg bowling, wang tunai dan hamper, tempat keempat berupa hamper dan beg bowling, manakala tempat kelima hingga kesembilan berupa hamper.

Terdapat juga 20 hadiah cabutan bertuah yang berupa hamper.

Pemenang Bagi Kategori Puteri UMNO:

1. Nurul Syakirah
2. Ziha
3. Siti Zubaidah


Piala Pusingan Bagi Johan Kategori Pemuda & Puteri


Pemenang Pertama, Nurul Syakirah bersama Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri.


Pemenang Kedua, Ziha (duduk) dan pemenang ketiga, Siti Zubaidah.

18 October, 2009

09 October, 2009

Open House Sana Sini


Sengat

Rumah Pak Tok

Changkat Larang