03 March, 2008

Lawatan ke Bilik Gerakan DUN N44 & N43

Tempat: Bilik Gerakan DUN N44 & N43
Tarikh: 28 Februari 2008
Masa: 9.00 malam

Antara AJK Puteri Bahagian Gopeng yang hadir ke bilik gerakan DUN N44 & N43 ialah Kak Yong, Kak Ju, Kak Ana, Shima, Izan dan Aida.
Bilik Gerakan Kg. Sungai Rokam
Bilik Gerakan Taman Ipoh Jaya

KOPI BN UNTUK DIJUAL!!!

PENGUMUMAN!

KOPI BARISAN NASIONAL SUDAH SEDIA DIJUAL DENGAN HARGA RM1.50 SEPEKET.

BERMINAT SILA HANTARKAN PESANAN ANDA KE RUANGAN 'COMMENT' DI BAWAH.

01 March, 2008

LAWAK PILIHANRAYA (Blog UMNO Cwgn Desa Jaya)

Nama2 DUN dalam Malaysia

DUN yg paling sejuk, DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa, DUN Air Tawar
DUN yg paling panas, DUN Pedas
DUN yg paling miskin, DUN Sekupang
DUN yg paling muda, DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah, DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yg banyak hantu, DUN Pucong
DUN yg ada istana, DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik, DUN Sg Ada Burung
.DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Panglima Garang
DUN paling banyak berahsia, DUN Tell Anybody kehkehkeh..

26 February, 2008

Lawatan ke Bilik Gerakan DUN N43

Tarikh: 25 Februari 2008
Tempat: Bilik Gerakan DUN N43 Taman Sri Sayang, Flat Sri Conoly, Pengkalan Pegoh & Desa Pelancongan
Masa: 9.30 malam

AJK Puteri Bahagian Gopeng telah mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan DUN N43 untuk bertanya khabar ahli-ahli cawangan yang sedang bertugas di bilik gerakan masing-masing. Di antara yang hadir ialah Juliliana, Suzana, Fatin, Izlin, Shima, Aida dan Nana.


Cawangan Taman Sri Sayang
Bersama Puan Hamidah Osman Calon BN DUN N43, Sg Rapat, Parlimen Gopeng.


Cawangan Pengkalan Pegoh mengadakan ceramah pilihanraya

Cawangan Taman Desa Pelancongan

19 February, 2008

Perjumpaan Jentera Pilihanraya BN Negeri Perak bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Tarikh: 18 Februari 2008
Tempat : Kediaman Y.B. Menteri Besar Perak
Masa : 8.30 Malam

Majlis Perjumpaan Jentera Pilihanraya BN Negeri Perak bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Razak dan isteri.

Turut hadir Yang Berhormat Dato' Seri Abdul Aziz Bin Shamsuddin yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Gopeng merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang amat kami sanjungi.

Makan malam diiringi dengan persembahan dari pelbagai kaum yang melambangkan perpaduan di dalam Barisan Nasional.

Taklimat Jentera Pilihanraya

Tempat: Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Tronoh
Tarikh: 17 Februari 2008
Masa: 9.30 pagi

Taklimat Jentera Pilihanraya bertujuan memberi penerangan kepada petugas-petugas Pilihanraya Umum ke 12 secara teori dan praktial.

Puteri Gopeng vs Majlis Perbandaran Manjung

Tarikh : 16 Januari 2008

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring di antara Majlis Perbandaran Manjung dan pasukan Puteri UMNO Bahagian Gopeng.
Duduk dari kiri ika,izan,siti,intan,aida,nurul,eja & liza.