Tarikh: 16 Sept 2009 Tempat: Bangunan UMNO Negeri Perak
AJK Puteri Gopeng telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Dan Iftar Bersama YB Dato' Rosnah Abdul Rashid Shirlin Ketua Puteri Malaysia, bersama media dan anak-anak yatim.
Antara yang hadir adalah Juliliyana, Norizan, Nazila, Suzana, Shima, Iza, Aida dan Ina.
Tarikh: 7 September 2009 Tempat: Hotel Syuen, Ipoh Masa: 5.30 petang
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Biro Kebajikan Puteri UMNO Bahagian Gopeng menganjurkan program amal Nur Kasih Ramadan bersama warga emas dan ibu tunggal di seluruh kawasan UMNO Gopeng.
Terima kasih tak terhingga buat mereka yang sudi hadir memeriahkan majlis tersebut terutama kepada Abang Hang Tuah Din, Kak Odah dan Datuk Kifftun yang sudi hari memberi sokongan.
Biro Kebajikan Puteri UMNO Bahagian Gopeng akan mengadakan aktiviti amal bersempena bulan Ramadan pada 7 September 2009 (Isnin) bersama warga emas dan ibu tunggal.
Ini adalah sekadar PERINGATAN kepada pengunjung blog Puteri UMNO Gopeng yang menggunakan ruangan Chatting.
Terkini, blog Puteri UMNO Gopeng menerima banyak mesej yang vulgar dengan penyamaran nama yang pelbagai, malah menggunakan nama ahli-ahli UMNO Gopeng dengan tujuan melaga-lagakan dan boleh disebut sebagai fitnah.
Oleh yang demikian, kami memberi PERINGATAN sekali lagi bahawa blog Puteri UMNO Gopeng adalah medium untuk kami berkongsi informasi.
Untuk pengetahuan, pengunjung-pengunjung yang tidak sopan tersebut telah dikesan.
Walaubagaimanapun kami berharap agar dihentikan perbuatan tersebut sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Semua kandungan di dalam blog ini bertujuan untuk memaparkan aktiviti-aktiviti Puteri UMNO Bahagian Gopeng dan tidak langsung menyentuh isu-isu sensitif dari mana-mana pihak . Sebarang plagiat dan penciplakan adalah DILARANG sama sekali. - Puteri UMNO Gopeng