08 May, 2010

Pertandingan Bola Jaring 3 On 3

Tarikh : 08 May 2010
Tempat : Kompleks Rakan Muda Kampar

Puteri Gopeng menghantar 2 pasukan iaitu Puteri A & Puteri B. Puteri A diwakili oleh Nurul, Intan & Akma manakala Puteri B diwakili oleh Aida, Eija & Aisyah.

Pasukan Puteri A & B

Syukur alhamdulillah kedua-dua pasukan berjaya mendapat tempat dan mewakili Parlimen Gopeng-Kampar ke peringkat seterusnya bagi merebut Piala Ybhg. Datin Seri, Isteri Menteri Besar Perak.

Keratan Akhbar Sinar Harian

18 February, 2010

Tragedi Akibat Futsal

Tarikh : 17 Februari 2010
Tempat : Sportplanet Menglembu

Tragedi telah berlaku ke atas Naib Ketua Puteri UMNO Gopeng iaitu Pn. Norizan atau Kak Izan akibat bermain futsal. Kaki beliau sebelah kiri patah dan telah menjalani pembedahan masukkan klip pada tulang. Semoga kak izan cepat sembuh dan sabar hadapi dugaan ini. Kami sentiasa mendoakan kesihatan kak izan.

02 February, 2010

Majlis Graduasi Kursus 1 Puteri Sang Saka Bangsa


Peserta-Peserta Kursus Puteri UMNO Bahagian Gopeng Yang Hadir


Ketua Puteri UMNO Bahagian Gopeng, Sdri Juliliyana Bt. Mohd Junid
menerima Sijil Tamat Kursus dari YAB Menteri Besar Perak


Bertempat di Kem PLKN Kg Baharu (L) Ayer Tawar, Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak dengan kerjasama Sekretariat Latihan UMNO Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Graduasi Kursus 1Puteri Sang Saka Bangsa yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry bin Abdul Kadir. Majlis ini telah menghimpunkan seramai 683 peserta daripada ambilan pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima kursus tersebut yang telah dijalankan sebelum ini secara berperingkat-peringkat bermula dengan Siri 1 pada 4 Disember 2009 dan berakhir dengan Siri 5 pada 31 Januari 2010. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Sekretariat Latihan UMNO Negeri Perak, YB Dato' Saarani Haji Muhammad.



01 February, 2010

Pertandingan Bola Jaring Harian Metro

Tarikh : 31 Januari 2010
Tempat : Taman Tasik Taiping

Syabas dan sekalung tahniah buat semua pemain bola jaring Puteri Gopeng diatas kemenangan yang telah dicapai. Semoga anda semua akan terus berjaya pada pertandingan akan datang.

Pemain Puteri Gopeng Yang Comel...


Johan Pertandingan

25 January, 2010

Surprise Birthday!!!

Tarikh : 23 Januari 2010
Tempat : Pulau Pinang

Surprise!!! Happy Birthday to Kak Jue & Nurul...Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan terus berbakti memperjuangkan agama, bangsa, dan negara.



Nurul & Kak Jue


Antara AJK Puteri yang 'surprise' kan mereka

29 December, 2009

PERTANDINGAN FUTSAL

Tarikh : 26 Disember 2009
Tempat : Kompleks Rakan Muda, Sg. Siput

Pertandingan Futsal yang pertama disertai oleh Ahli-ahli Puteri UMNO Gopeng. Alhamdulillah pertandingan ini membawa kemenangan kepada Puteri Gopeng. Tahniah dan syabas.

14 December, 2009

PROGRAM INFO BESTARI

Tarikh: 13 Disember 2009
Tempat: Dataran Komuniti Bestari Kg. Kepayang

Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Hamidah Osman, Exco Kanan Negeri Perak.




YB Dato' Hamidah Osman, Exco Kanan Negeri Perak.