15 November, 2009

LATIHAN FUTSAL

Puteri UMNO Gopeng akan mengadakan Latihan Futsal seperti berikut:

Tempat: Extreme Park, Tambun.
Waktu: Setiap Isnin, 8.00 hingga 10.00 malam.
Bayaran: +-RM5.00 Seorang.

Kepada ahli-ahli Puteri yang berminat, anda dijemput datang beramai-ramai untuk mengasah bakat terpendam anda. ;p



11 November, 2009

Pertandingan Bowling Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Gopeng

Tarikh: 7 November 2009
Tempat: Greentown Mall Bowl, Ipoh
Waktu: 8.00 malam

Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Gopeng telah mengadakan Pertandingan Bowling untuk mengeratkan silaturrahim dalam menjadikan ia sebagai satu acara tahunan buat ahli-ahli UMNO Bahagian Gopeng.

Acara telah dirasmikan secara simbolik, yang mana ketua Puteri, Saudari Juliliyana dan Ketua Pemuda, Saudara Arlizam melepaskan bola bowling ke lorong bowling masing-masing.

Hadiah bagi tempat pertama, kedua dan ketiga berupa trofi, beg bowling, wang tunai dan hamper, tempat keempat berupa hamper dan beg bowling, manakala tempat kelima hingga kesembilan berupa hamper.

Terdapat juga 20 hadiah cabutan bertuah yang berupa hamper.

Pemenang Bagi Kategori Puteri UMNO:

1. Nurul Syakirah
2. Ziha
3. Siti Zubaidah


Piala Pusingan Bagi Johan Kategori Pemuda & Puteri


Pemenang Pertama, Nurul Syakirah bersama Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri.


Pemenang Kedua, Ziha (duduk) dan pemenang ketiga, Siti Zubaidah.

18 October, 2009

09 October, 2009

Open House Sana Sini


Sengat

Rumah Pak Tok

Changkat Larang

03 October, 2009

Rumah Terbuka Eurofine

Tarikh: 30.9.2009
Tempat: Hotel Armada, Petaling Jaya

Puteri UMNO Gopeng telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Eurofine Sdn Bhd.

Terima kasih diucapkan kepada kak Ida Rahayu Md Noor di atas jemputan.



Ida Rahayu Md Noor (3 dari kiri)

27 September, 2009

Majlis Jamuan Hari Raya UMNO Bhg Gopeng

Tarikh: 23 Sept 2009
Tempat: Arena Square Batu Gajah

Majlis di rasmikan oleh Dato Noh, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.