Tempat : Ampang Bowl, Ipoh Parade
13 June, 2010
Pertandingan Bowling Liga Sukan Puteri UMNO Negeri Perak
Tempat : Ampang Bowl, Ipoh Parade
01 June, 2010
3 On 3 Piala Ybhg Datin Seri, Isteri Menteri Besar Peringkat Negeri Perak
25 May, 2010
Futsal Liga Sukan Puteri UMNO Negeri Perak
Tempat : SportPlanet Menglembu

Puteri UMNO Gopeng menghantar pasukan menyertai Futsal Liga Sukan Puteri yang telah diadakan baru-baru ini. Walaupun tewas hanya mendapat hadiah saguhati, tetapi semangat kesukanan dalam pasukan tetap utuh dan bersemangat. Semoga ikatan berpasukan akan terus ada dan lebih bersemangat untuk menyertai pertandingan-pertandingan akan datang. Tahniah!!
08 May, 2010
Pertandingan Bola Jaring 3 On 3
Tempat : Kompleks Rakan Muda Kampar
Puteri Gopeng menghantar 2 pasukan iaitu Puteri A & Puteri B. Puteri A diwakili oleh Nurul, Intan & Akma manakala Puteri B diwakili oleh Aida, Eija & Aisyah.
Pasukan Puteri A & BSyukur alhamdulillah kedua-dua pasukan berjaya mendapat tempat dan mewakili Parlimen Gopeng-Kampar ke peringkat seterusnya bagi merebut Piala Ybhg. Datin Seri, Isteri Menteri Besar Perak.
Keratan Akhbar Sinar Harian
18 February, 2010
Tragedi Akibat Futsal
Tempat : Sportplanet Menglembu
Tragedi telah berlaku ke atas Naib Ketua Puteri UMNO Gopeng iaitu Pn. Norizan atau Kak Izan akibat bermain futsal. Kaki beliau sebelah kiri patah dan telah menjalani pembedahan masukkan klip pada tulang. Semoga kak izan cepat sembuh dan sabar hadapi dugaan ini. Kami sentiasa mendoakan kesihatan kak izan.
02 February, 2010
Majlis Graduasi Kursus 1 Puteri Sang Saka Bangsa

Peserta-Peserta Kursus Puteri UMNO Bahagian Gopeng Yang Hadir

Ketua Puteri UMNO Bahagian Gopeng, Sdri Juliliyana Bt. Mohd Junid
menerima Sijil Tamat Kursus dari YAB Menteri Besar Perak
Bertempat di Kem PLKN Kg Baharu (L) Ayer Tawar, Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak dengan kerjasama Sekretariat Latihan UMNO Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Graduasi Kursus 1Puteri Sang Saka Bangsa yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry bin Abdul Kadir. Majlis ini telah menghimpunkan seramai 683 peserta daripada ambilan pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima kursus tersebut yang telah dijalankan sebelum ini secara berperingkat-peringkat bermula dengan Siri 1 pada 4 Disember 2009 dan berakhir dengan Siri 5 pada 31 Januari 2010. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Sekretariat Latihan UMNO Negeri Perak, YB Dato' Saarani Haji Muhammad.
01 February, 2010
Pertandingan Bola Jaring Harian Metro
Tempat : Taman Tasik Taiping
Syabas dan sekalung tahniah buat semua pemain bola jaring Puteri Gopeng diatas kemenangan yang telah dicapai. Semoga anda semua akan terus berjaya pada pertandingan akan datang.




