18 August, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN GOPENG

Tarikh: 16 Ogos 2009
Tempat: Hotel Hill City, Ipoh
Masa: 8.30 Malam

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gopeng telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Zambry, Menteri Besar Perak.



13 August, 2009

Majlis Pelancaran 1Puteri 1Ahli

Tarikh: 8 Ogos 2009
Tempat: Hotel Hill City Ipoh
Masa: 2.30 Petang

Saudari Rina Mohd Harun (Pengerusi Biro Keahlian Puteri UMNO Malaysia) telah dijemput untuk merasmikan Majlis Pelancaran 1Puteri 1Ahli anjuran Biro Keahlian Puteri UMNO Bahagian Gopeng.

Objektif Program 1Puteri 1Ahli adalah untuk menggandakan jumlah keahlian Puteri Bahagian Gopeng dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengundi muda.

Terkini,jumlah keahlian Puteri Gopeng adalah sebanyak 1,030 orang dan setiap ahli Puteri di Bahagian Gopeng perlu mendaftarkan seorang ahli baru untuk merealisasikan objektif program tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Biro Keahlian Puteri UMNO Bahagian Gopeng. (Saudari Suzen & Saudari Wani)

10 August, 2009

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gopeng 2009

Tarikh: 8 Ogos 2009
Tempat: Hotel Hill City Ipoh
Masa: 2.30 petang

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gopeng 2009 buat julung-julung kalinya berlangsung serentak dan dirasmikan oleh Mantan Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Seri Abd. Aziz Shamsuddin.

Turut hadir ialah Dr. Khir Toyo dan Saudari Rina, Exco Puteri Malaysia.