04 February, 2008

FIESTA MESRA RAKYAT

Tempat: Arena Square Batu Gajah
Tarikh: 2 Febuari 2008
Masa: 5.00 Petang

Fiesta Mesra Rakyat diadakan bertujuan memberi peluang kepada usahawan IKS untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Selain itu, program ini juga mampu menarik minat semua golongan masyarakat untuk sama-sama meluangkan masa bersantai bersama di hujung minggu.

Program ini dirasmikan oleh Y.B. Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin, Ketua UMNO Bahagian Gopeng merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada OKU dan mereka yang kurang berkemampuan. Y.B. Dato' Seri telah menyumbangkan 110 buah basikal kepada kanak-kanak kurang berkemampuan yang terdiri dari pelbagai kaum.


Dari kiri: Kak Ju, Izlin Suzen dan Urusetia Program.

No comments: