21 July, 2008

PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN UMNO TAHUNAN BAHAGIAN GOPENG

Tarikh: 19 Ogos 2008
Tempat: Dewan Bandaran Gopeng
Masa: 10.00 pagi

Majlis diiringi dengan ucapan Y.B. Dato' Seri Abdul Aziz Bin Shamsuddin yang menyampaikan pesanan kepada semua ahli-ahli UMNO Bahagian Gopeng agar terus memartabatkan Bangsa dan Ketuanan Melayu untuk masa depan bangsa Melayu itu sendiri.

Beliau juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua ahli-ahli UMNO Bahagian Gopeng memandangkan beliau memilih untuk tidak bertanding bagi apa jua jawatan pada kali ini.

Kepimpinan dan kasih sayang yang beliau curahkan selama ini akan tetap dikenang dan disanjung tinggi.

Terima kasih, Dato' Seri.



No comments: