24 February, 2009

JMJ di Blog alhusseyn



Petikan dari http://alhusseyn51.blogspot.com/search?updated-max=2009-01-08T03%3A42%3A00%2B08%3A00&max-results=20

Mat Taib kecewa : pintu pagar dewan tidak berkunci

Satu usaha untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat Negeri Perak telah berjaya dipatahkan.Mereka merangka mahu menjadikan isu kanak-kanak Tadika Kemas di negeri Perak kononnya dihalang daripada belajar. Rancangan jahat mereka mahu memerangkap MB Nizar bahawa beliau telah mengeluarkan arahan supaya semua dewan orang ramai yang selama ini digunakan oleh Kemas supaya di kunci dan ditutup ; tidak dibenar gunakan oleh Kemas.

Mereka mengatur rancangan tersebut hingga sanggup menjemput Menteri yang pernah ditangkap kerana memikul berkilo-kilo wang di Australia dan yang pernah mengusung lari seorang Puteri Raja ke Thailand dengan tujuan mahu mensensasikan isu kanak-kanak Tadika Kemas tidak dapat masuk ke kelas ( Dewan Orang Ramai) di Taman Seri Ampang, Ipoh Perak.

Bayangkan, jam 8.00 pagi, telah tercegat dihadapan dewan orang ramai tersebut seorang jurukamera TV3 sedang mengambil gambar! Kelihatan seorang wanita lingkungan 30-an mundar mandir , ke hulu hilior yang kemudian saya ketahui dia adalah guru tadika Kemas di situ.

Saya juga turut merakamkan suasana disitu ketika itu dan sempat menemuramah guru tadika tadi. Pada mulanya dia kata dia tak boleh beri komen apa-apa "Tunggu sehingga boss saya, Pengerusi Kemas Perak datang bila-bila masa nanti," katanya

Tapi saya terus bertanyakan sesuatu kepadanya dan dia pula memberikan respon yang baik.Saya gembira berbual dengannya.He! he! Jangan ada sesiapa yang jealous.

Guru tersebut memberitahu saya bahawa pagar dewan tersebut berkunci dan mereka tidak dapat masuk kedalam dewan.Dia juga turut memberitahu saya bahawa Dato Seri Muhamad Mohd Taib akan datang kesitu sebentar lagi. Dia nampak gah dan teruja apabila memberitahu saya tentang kehadiran Menteri Kaki Pikul dan Usung itu kesitu.....

"Eleh!" bisik hati saya yang meluat melihatkan gelagat Cikgu Tadika tadi yang berasakan dirinya begitu glamor pagi itu kerana tadikanya yang cuma 6 orang murid itu akan dikunjungi oleh seorang Pak Menteri Kaki Pikul dan Usung itu!

Saya hampiri jurukamera TV3 tersebut dan memberitahunya bahwa pintu pagar tersebut sebenarnya tidak berkunci sebagaimana yang didakwa.

Apabila guru tersebut mula mengatur murid-murid dihadapan pagar dewan untuk diambil gambar yang kononnya mereka tidak dapat masuk kedalam dewan kerana berkunci, saya kedepan lalu menarik rantai pagar yang tidak berkunci itu.

“Tengok ni, mana berkunci!” Saya memberitahu guru tersebut yang kelihatan tergamam kerana tidak menjangkakan pintu itu sebenarnya tidaklah berkunci sebagaimana dakwaannya sebentar tadi.Jelas terbukti bahawa dia tidak meneliti atau mencuba untuk membuka pintu pagar tersebut. Tetapi agak pelik apabila dia meminta saya supaya meletakkan semula rantai tersebut seperti sediakala.

“Nak buat apa?” saya bertanya. Lalu saya membuka pintu pagar dan menyuruh kanak-kanak tadika di situ supaya masuk.

Saya membuka pula pintu dewan sambil berkata, “Tengok , pintu ini pun tidak berkunci!” dan meminta kanak-kanak tadika supaya masuk ke dalam ruang dewan itu.

“Tentu pagi-pagi tadi lagi pintu dewan ni dah dibuka,” rungut guru tersebut.

“Memanglah!” Jawab saya , “Takkanlah semalaman dewan ini mahu dibiarkan tidak berkunci!?” Tanya saya semula kepadanya.Dia tidak berkata apa-apa. Dia gugup dengan keadaan yang diluar jangkaannya itu.
Mungkin dia sedang berfikir : Macammana ni? Menteri dah di panggil, TV3, RTM semua dah dipanggil untuk buat liputan tentang pintu pagar dewan berkunci dan budak-budak Tadika Kemas tidak dapat masuk kedalam dewan untuk belajar.....Rosak! rosak! rosak! Rancangan nak mensensasikan isu ini dah tak menjadi! Hancus!

Jam 9.00 pagi, maka tibalah Menteri Tukang Pikul dan Usung itu. Puak-puak Umno ketika ini pun dah ramai yang tiba.

Saya bertanya kepada salah seorang yang saya kenali , “Hang jauh-jauh datang ke sini pasai apa?”

“Aku terima SMS tadi….” Jawabnya. Kawan ni datang dari tempat yang agak jauh. Anak dia pun bukan ngaji kat tadika Kemas sini.Yang lain-lain pun bukan dari taman tersebut; tapi buat apa datang? Nampak sangat telah dirancang. Puak-puak ni tak ubah macam langau jumpa bangkai; bisik hati saya.

Saya turuti langau-langau itu masuk ke dalam dewan. Saya hanya memerhatikan Menteri tersebut berlakon sebagai seorang yang baik dengan meriba kanak-kanak di situ.

datang berkereta pagi-pagi buta dari Kuala Lumpur semata-mata mahu melawat Tadika Kemas di Seri Ampang , Ipoh ini yang hanya mempunyai 6 orang murid. Apa istimewanya tadika tersebut?

Walau apa pun, yang jelasnya bahawa Menteri tersebut berasa kempunan kerana tidak dapat melihat pintu dewan tersebut berkunci .Beliau berasa hampa dan keciwa bila melihat kanak-kanak tadika Kemas disitu dapat menggunakan dewan orang ramai tanpa halangan untuk belajar.

Bukan Mat Taib sahaja yang hampa dan kecewa, Tokoh Maal Fitnah lagilah berasa hampa, keciwa dan merana kerana perangkap dan ramalannya tidak mengena kali ini.

Kita bersyukur kerana Allah terus membantu kami dalam menghadapi tipu helah musuh durjana seperti mereka itu.Kita akan terus berwaspada dan berdoa agar Allah terus melindungi kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat.


(Maaf, tidak dapat nak upload gambar video yang saya rakam - Streamyx dan Broadband ni sangat menghampakan.Saya turut memahami bagaimana kehampaan yang dirasai oleh mereka yang hampa hari ini....)

6 comments:

mister marvel said...

JMJ tu binatang apa.. tuan tanah

EN said...

JMJ tu bukan Binatang saudara!!Baca la bg faham...

EN said...

Sedap je bahasa...belajar lah berbudi bahasa sikit..kan ke budi bahasa tu budaya kita..?

nanarizqman said...

alahai..
tak yah lah reply komen mr marvel ni.
tak berbaloi.
eheheh

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Assalamualaikum.. Salam Perjuangan. Sahabatku, kami dari UMNO Caw. Gombak Selatan begitu bangga dan rasa terharu atas pembabitan anda dalam mengikuti perkembangan politik melalui Blog.

Sama-sama kita memperhebatkan lagi blog kita dalam memberikan informasi sebenar mengenai keikhlasan perjuangan kita.

Samapaikan salam buat Ketua UMNO Gopeng ikhlas dari Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan

Kami sentiasa bersama anda.. Hidup UMNO.. Hidup Malaysia..

IKHLAS DARI,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

p/s : Blog anda dlm senarai link kami. Layari www.umnogombakselatan.blogspot.com

Creedence Clearwater Revival said...

'kalau pemimpin bahagian kami tidak dipilih, kami akan pangkah pakatan rakyat dlm pru-13.

kami perlukan projek & tender2 dari pemimpin kami. pedulikan soal membantu melayu!!!'