13 August, 2009

Majlis Pelancaran 1Puteri 1Ahli

Tarikh: 8 Ogos 2009
Tempat: Hotel Hill City Ipoh
Masa: 2.30 Petang

Saudari Rina Mohd Harun (Pengerusi Biro Keahlian Puteri UMNO Malaysia) telah dijemput untuk merasmikan Majlis Pelancaran 1Puteri 1Ahli anjuran Biro Keahlian Puteri UMNO Bahagian Gopeng.

Objektif Program 1Puteri 1Ahli adalah untuk menggandakan jumlah keahlian Puteri Bahagian Gopeng dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengundi muda.

Terkini,jumlah keahlian Puteri Gopeng adalah sebanyak 1,030 orang dan setiap ahli Puteri di Bahagian Gopeng perlu mendaftarkan seorang ahli baru untuk merealisasikan objektif program tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Biro Keahlian Puteri UMNO Bahagian Gopeng. (Saudari Suzen & Saudari Wani)

No comments: