19 February, 2008

Taklimat Jentera Pilihanraya

Tempat: Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Tronoh
Tarikh: 17 Februari 2008
Masa: 9.30 pagi

Taklimat Jentera Pilihanraya bertujuan memberi penerangan kepada petugas-petugas Pilihanraya Umum ke 12 secara teori dan praktial.

Puteri Gopeng vs Majlis Perbandaran Manjung

Tarikh : 16 Januari 2008

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring di antara Majlis Perbandaran Manjung dan pasukan Puteri UMNO Bahagian Gopeng.
Duduk dari kiri ika,izan,siti,intan,aida,nurul,eja & liza.

Puteri Gopeng vs PDRM Cameron Highland

Tarikh: 2 Februari 2008

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring di antara Puteri Gopeng dengan PDRM Cameron Highland
Dari kiri, intan, siti,nurul,izan,ika,aida,ecah dan eja.

Program Pelancaran Jentera Pilihanraya Umum ke 12

Tarikh : 9 Februari 2008
Tempat : Dewan Bankuasi Kg Sungai Rapat, Ipoh
Masa: 3.00 ptg

Program Pelancaran Jentera Pilihanraya Umum ke 12 dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gopeng yang diketuai oleh Saudara Hang Tuah Din.

Program ini telah dirasmikan oleh Saudara Khairy Jamaluddin, selaku Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


Puteri UMNO Bahagian Gopeng bergambar kenangan bersama Saudara Khairy Jamaluddin, selaku Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

18 February, 2008

ProgramTatarias bersama Zarina Zainuddin.

Tarikh: 9 Februari 2008
Tempat :Dewan Orang Ramai Kg. Pisang, Batu Gajah
Masa: 2.00 - 6.00 petang

Program tatarias bersama Addura Marketing dikendalikan oleh pengasasnya, Puan Zarina Zainuddin.

Program ini bertujuan memberi kemahiran secara teori dan praktikal tentang penggunaan kosmetik.

04 February, 2008

FIESTA MESRA RAKYAT

Tempat: Arena Square Batu Gajah
Tarikh: 2 Febuari 2008
Masa: 5.00 Petang

Fiesta Mesra Rakyat diadakan bertujuan memberi peluang kepada usahawan IKS untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Selain itu, program ini juga mampu menarik minat semua golongan masyarakat untuk sama-sama meluangkan masa bersantai bersama di hujung minggu.

Program ini dirasmikan oleh Y.B. Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin, Ketua UMNO Bahagian Gopeng merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada OKU dan mereka yang kurang berkemampuan. Y.B. Dato' Seri telah menyumbangkan 110 buah basikal kepada kanak-kanak kurang berkemampuan yang terdiri dari pelbagai kaum.


Dari kiri: Kak Ju, Izlin Suzen dan Urusetia Program.

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA KETUA-KETUA UMNO CAWANGAN

Tempat: Masjid Gopeng
Tarikh: 2 Febuari 2008
Masa: 3.30 petang

Majlis perjumpaan antara Y.B. Dato' Seri Abdul Aziz Bin Shamsuddin bersama dengan Ketua-ketua UMNO Cawangan di seluruh bahagian Gopeng.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Saudara Hamzah, Toh Sedewa Raja Saudara Abdul Talib Bin Abdul Fahmi, Ketua Wanita UMNO serta Ketua Puteri UMNO Bahagian Gopeng.