17 January, 2009

Lawatan ke Rumah Mangsa Banjir

Tarikh: 10/1/2009 (Sabtu)
Tempat: Sungai Itek
Jam: 4.00 petang

Ketua Puteri Sdri. Juli, Naib Ketua Puteri Sdri.Izan dan Sdri. Mimi, AJK yang juga ketua Pu3 Cawangan Sg Itek telah membuat lawatan ke rumah mangsa banjir Pn. Zumerlina Bt Abdul Jalil. Beliau merupakan seorang balu mempunyai anak seramai 5 orang. Puteri UMNO Bahagian Gopeng menghulurkan sedikit sumbangan kepada beliau supaya dapat membantu meringankan beban beliau. Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi ketua puteri Bahagian iaitu Sdri. Juli.




No comments: