05 February, 2009

Tahniah! BN Terajui Perak Semula!

PM: BN Sedia Tubuh Kerajaan Baru Di Perak

PUTRAJAYA, 4 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak berikutan kesediaan empat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri itu yang telah meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Terima kasihlah kalau mereka sudah ambil keputusan untuk menyatakan sokongan kepada BN, BN terima dan kita ucapkan terima kasihlah," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesembilan di sini, Rabu.

Empat wakil rakyat itu ialah Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adun Jelapang, Hee Yit Foong daripada DAP, dan Adun Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR tetapi kembali semula kepada Umno.

"Kalau ada bilangan cukup tentu sekali kita mahu mengambil langkah itu (tubuh kerajaan)," kata Abdullah, yang juga pengerusi BN ketika mengulas mengenai BN yang memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan empat Adun itu meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN.

Berikutan perkembangan terkini, BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media berasingan hari ini menjelaskan walaupun BN mempunyai bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sama banyak dengan Pakatan Rakyat tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketiga-tiga wakil rakyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar daripada kalangan anggota BN.

Mengulas sama ada BN akan menimbangkan untuk mengadakan pilihan raya mengejut, Abdullah berkata perkara itu adalah di bawah bidang kuasa Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Bagaimanapun, katanya, timbalannya Najib akan menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada baginda bahawa BN kini mempunyai majoriti di DUN Perak.

Ditanya sama ada BN akan mengemukakan undi tidak percaya, Abdullah berkata perkara itu belum diputuskan tetapi beliau menyifatkan ia sebagai satu tindakan pilihan.

Kepada soalan sama ada beliau yakin rakyat Perak akan dapat menerima kerajaan BN untuk kembali memerintah di negeri itu, beliau berkata: "Ia terserah kepada rakyat."

Beliau bagaimanapun yakin apa yang lebih penting bagi rakyat ialah keupayaan kerajaan untuk memimpin dan melaksanakan pembangunan serta menjamin kestabilan politik dalam negeri.

Berhubung Adun Behrang dan Adun Changkat Jering yang kini berhadapan dengan pertuduhan kes rasuah yang kemungkinan boleh menjejaskan imej Umno, Perdana Menteri berkata setakat ini mereka belum lagi terbukti bersalah.

Ditanya sama ada BN telah mempunyai calon Menteri Besar Perak, Abdullah berkata : "Nanti dululah".

Terdahulu, ketika menyampaikan amanatnya kepada warga perkhidmatan awam, Abdullah berkata sektor awam merupakan jentera penting yang boleh menjamin pertumbuhan ekonomi dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu sekarang.

Beliau berkata dalam keadaan ekonomi yang lembap ini, rakyat berharap sektor awam dapat menjadi fasilitator utama yang dapat merancakkan ekonomi dengan keputusan-keputusan terbaik dan tepat berhubung ekonomi negara.

"Kalau dulu kita dapat hadapi cabaran kenapa tidak sekarang," katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata semua pihak termasuk pentadbir dan pemimpin perlu bekerjasama menghadapi cabaran-cabaran semasa yang dihadapi dalam negara.

-- BERNAMA

22 January, 2009

Untuk Bacaan

Published: (The Star)Sunday October 19, 2008 MYT 9:10:00 PM
Gopeng Puteri Umno meeting postponed


IPOH: The Gopeng Puteri Umno meeting, which was scheduled for Sunday, was postponed after the apparent emergence of unknown branches.

Its chief Wan Razita Wan Razak said an additional 10 branches had seemingly been formed without her knowledge or that of Gopeng Umno division secretary Ahmad Zairun Yang Rezali.

”To my knowledge, there are only 21 branches in Gopeng Puteri Umno but suddenly it has become 31 branches.

”I was told that sponsorship of these so-called new branches had been made last year and that my vice-chief had visited these branches.

”How come this is happening when it is stated clearly in the party’s constitution that the wing’s administration must first be informed before any new branches are formed?” asked Wan Razita.

Wan Razita also admitted that there was a split within Gopeng Puteri Umno.

Vice-chief Juliana Mohd Junid, she said, would be contesting against her during the wing’s meeting, which has been rescheduled to Oct 25.

17 January, 2009

MESYUARAT AJK BAHAGIAN dan...

SURPRISEEEEEEEEEEE PARTY!

Tarikh: 16/1/2009
Tempat: Pejabat UMNO Bahagian Gopeng

Sebaik Puteri Bahagian Gopeng menjalankan mesyuarat, Ketua Puteri UMNO Bahagian Gopeng, saudari Juli mendapat kejutan Majlis Hari Jadi yg ke 32 daripada anak-anak buahnya.

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, Kak Ju!

Futsal

Tarikh: 14.01.2009 (Rabu)
Tempat: Sports Planet Menglembu


Perlawanan persahabatan team Puteri Ipoh Barat. Puteri Gopeng dibelasah 12-3.
Takpa. Team diorang dah bertahun train. Kita baru je sebulan sepak bola..jadi kita kena train lg bagi mantap...

Turut hadir memberi sokongan Ketua Puteri Juli, Suzana, Safura, Aida, Nurul, Shima dan ela Ketua Pu3 Desa Perlancongan. Terima kasih kepada yang hadir. Naib ketua Izan Dan setiausaha ila turut sama turun padang utk bermain.....JANGAN KECEWA...Kita mantapkan lg team!!!




Lawatan ke Rumah Mangsa Banjir

Tarikh: 10/1/2009 (Sabtu)
Tempat: Sungai Itek
Jam: 4.00 petang

Ketua Puteri Sdri. Juli, Naib Ketua Puteri Sdri.Izan dan Sdri. Mimi, AJK yang juga ketua Pu3 Cawangan Sg Itek telah membuat lawatan ke rumah mangsa banjir Pn. Zumerlina Bt Abdul Jalil. Beliau merupakan seorang balu mempunyai anak seramai 5 orang. Puteri UMNO Bahagian Gopeng menghulurkan sedikit sumbangan kepada beliau supaya dapat membantu meringankan beban beliau. Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi ketua puteri Bahagian iaitu Sdri. Juli.




09 January, 2009

Pertandingan Futsal

Tarikh: 4/1/2009
Tempat: Kompleks Rakan Muda Kampar

Pada Pertandingan Futsal Rakan Muda Kampar anjuran MAYC (Gabungan) Parlimen Kampar, Puteri Gopeng telah menghantar 2 pasukan. Pasukan Puteri 1 mendapat tempat KETIGA dan Pasukan Puteri 2 telah menjadi JOHAN pertandingan.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Gopeng, Saudari Juliliyana, Bendahari Suzana, AJK Shima & Safura telah hadir memberi sokongan.
Naib Ketua Puteri, Norizan dan Setiausaha, Nazila turut sama menyertai pertandingan tersebut.
AJK Nurul bertindak selaku Pengurus utk kedua-dua pasukan.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pemain dan penyokong yg sudi hadir. Kita akan teruskan latihan seminggu sekali untuk memantapkan pasukan ini...


pu3 2 msuk final

pu3 1 lwn tmpt ke 3 or 4

Team pu3 2 - johan

Team pu3 1 - Ketiga

Team futsal pu3 gopeng, biru pu3 1, putih pu3 2

Aksi tak ingat! Penat lelah berbaloi ;p

01 December, 2008

BARISAN PUTERI UMNO BAHAGIAN GOPENG

Ketua Puteri
Juliliayana bt Mohd Junid

Naib Ketua Puteri
Norizan bt Hassan

Setiausaha
Nazila bt Newzlan

Bendahari
Suzana bt Osman

Ketua Penerangan
Izlin Hani bt Mohamad Mokhtar

Pengerusi Tetap
Rina bt Hamid Mohyadin

Timbalan Pengerusi Tetap
Ardila Ardlin bt Mat Zahari

AJK
Wan Roslizawati bt Wan Abdul Razak
Safura Hasliza bt Shairali
Norshaeda bt Replis
Norehan bt Hanifah
Mazura bt Musa
Zurita bt Yahaya
Nur Sakilah bt Ahmad
Noralyawati bt Ahmad Khir
Faridatul Ayuni bt Abd Wahab
Roshariza bt Mohamad Ariff
Nazila bt Newzlan
Nurhana bt Yahya
Atiqah bt Kharudin
Nurul Syakirah bt Hasnan
Nor Shahila bt Iskundrally

AJK Lantikan
Marlina bt Udoh
Sharifah Norhawani bt Syed Sulaiman
Norhashimah bt Yusof

Pemeriksa Kira-kira
Nurul Isma bt Redzuran
Azila bt Mat Zin