29 December, 2009

PERTANDINGAN FUTSAL

Tarikh : 26 Disember 2009
Tempat : Kompleks Rakan Muda, Sg. Siput

Pertandingan Futsal yang pertama disertai oleh Ahli-ahli Puteri UMNO Gopeng. Alhamdulillah pertandingan ini membawa kemenangan kepada Puteri Gopeng. Tahniah dan syabas.

14 December, 2009

PROGRAM INFO BESTARI

Tarikh: 13 Disember 2009
Tempat: Dataran Komuniti Bestari Kg. Kepayang

Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Hamidah Osman, Exco Kanan Negeri Perak.




YB Dato' Hamidah Osman, Exco Kanan Negeri Perak.

15 November, 2009

LATIHAN FUTSAL

Puteri UMNO Gopeng akan mengadakan Latihan Futsal seperti berikut:

Tempat: Extreme Park, Tambun.
Waktu: Setiap Isnin, 8.00 hingga 10.00 malam.
Bayaran: +-RM5.00 Seorang.

Kepada ahli-ahli Puteri yang berminat, anda dijemput datang beramai-ramai untuk mengasah bakat terpendam anda. ;p



11 November, 2009

Pertandingan Bowling Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Gopeng

Tarikh: 7 November 2009
Tempat: Greentown Mall Bowl, Ipoh
Waktu: 8.00 malam

Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Gopeng telah mengadakan Pertandingan Bowling untuk mengeratkan silaturrahim dalam menjadikan ia sebagai satu acara tahunan buat ahli-ahli UMNO Bahagian Gopeng.

Acara telah dirasmikan secara simbolik, yang mana ketua Puteri, Saudari Juliliyana dan Ketua Pemuda, Saudara Arlizam melepaskan bola bowling ke lorong bowling masing-masing.

Hadiah bagi tempat pertama, kedua dan ketiga berupa trofi, beg bowling, wang tunai dan hamper, tempat keempat berupa hamper dan beg bowling, manakala tempat kelima hingga kesembilan berupa hamper.

Terdapat juga 20 hadiah cabutan bertuah yang berupa hamper.

Pemenang Bagi Kategori Puteri UMNO:

1. Nurul Syakirah
2. Ziha
3. Siti Zubaidah


Piala Pusingan Bagi Johan Kategori Pemuda & Puteri


Pemenang Pertama, Nurul Syakirah bersama Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri.


Pemenang Kedua, Ziha (duduk) dan pemenang ketiga, Siti Zubaidah.

18 October, 2009

09 October, 2009

Open House Sana Sini


Sengat

Rumah Pak Tok

Changkat Larang

03 October, 2009

Rumah Terbuka Eurofine

Tarikh: 30.9.2009
Tempat: Hotel Armada, Petaling Jaya

Puteri UMNO Gopeng telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Eurofine Sdn Bhd.

Terima kasih diucapkan kepada kak Ida Rahayu Md Noor di atas jemputan.



Ida Rahayu Md Noor (3 dari kiri)

27 September, 2009

Majlis Jamuan Hari Raya UMNO Bhg Gopeng

Tarikh: 23 Sept 2009
Tempat: Arena Square Batu Gajah

Majlis di rasmikan oleh Dato Noh, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.


24 September, 2009

18 September, 2009

MAJLIS RAMAH MESRA DAN IFTAR

Tarikh: 16 Sept 2009
Tempat: Bangunan UMNO Negeri Perak

AJK Puteri Gopeng telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Dan Iftar Bersama YB Dato' Rosnah Abdul Rashid Shirlin Ketua Puteri Malaysia, bersama media dan anak-anak yatim.

Antara yang hadir adalah Juliliyana, Norizan, Nazila, Suzana, Shima, Iza, Aida dan Ina.

17 September, 2009

Program Deco Bersama Puteri

Tarikh: 13 Sept 2009
Tempat: Rumah Puan Norlia, Kg. Sengat, Ipoh




Sebelum
Selepas

Ketua Puteri Gopeng, Saudari Juliliyana menyampaikan cenderahati.

08 September, 2009

Program Nur Kasih Ramadan

Tarikh: 7 September 2009
Tempat: Hotel Syuen, Ipoh
Masa: 5.30 petang

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Biro Kebajikan Puteri UMNO Bahagian Gopeng menganjurkan program amal Nur Kasih Ramadan bersama warga emas dan ibu tunggal di seluruh kawasan UMNO Gopeng.

Terima kasih tak terhingga buat mereka yang sudi hadir memeriahkan majlis tersebut terutama kepada Abang Hang Tuah Din, Kak Odah dan Datuk Kifftun yang sudi hari memberi sokongan.

Semoga Ramadan kali ini diberkati.




06 September, 2009

Aktiviti Amal Biro Kebajikan

Biro Kebajikan Puteri UMNO Bahagian Gopeng akan mengadakan aktiviti amal bersempena bulan Ramadan pada 7 September 2009 (Isnin) bersama warga emas dan ibu tunggal.


18 August, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN GOPENG

Tarikh: 16 Ogos 2009
Tempat: Hotel Hill City, Ipoh
Masa: 8.30 Malam

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gopeng telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Zambry, Menteri Besar Perak.



13 August, 2009

Majlis Pelancaran 1Puteri 1Ahli

Tarikh: 8 Ogos 2009
Tempat: Hotel Hill City Ipoh
Masa: 2.30 Petang

Saudari Rina Mohd Harun (Pengerusi Biro Keahlian Puteri UMNO Malaysia) telah dijemput untuk merasmikan Majlis Pelancaran 1Puteri 1Ahli anjuran Biro Keahlian Puteri UMNO Bahagian Gopeng.

Objektif Program 1Puteri 1Ahli adalah untuk menggandakan jumlah keahlian Puteri Bahagian Gopeng dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengundi muda.

Terkini,jumlah keahlian Puteri Gopeng adalah sebanyak 1,030 orang dan setiap ahli Puteri di Bahagian Gopeng perlu mendaftarkan seorang ahli baru untuk merealisasikan objektif program tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Biro Keahlian Puteri UMNO Bahagian Gopeng. (Saudari Suzen & Saudari Wani)

10 August, 2009

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gopeng 2009

Tarikh: 8 Ogos 2009
Tempat: Hotel Hill City Ipoh
Masa: 2.30 petang

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gopeng 2009 buat julung-julung kalinya berlangsung serentak dan dirasmikan oleh Mantan Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Seri Abd. Aziz Shamsuddin.

Turut hadir ialah Dr. Khir Toyo dan Saudari Rina, Exco Puteri Malaysia.


30 June, 2009

Majlis Persandingan Anakanda Toh Sedewa Raja

Tarikh: 27 Jun 2009
Tempat: Ipoh Town Hall
Waktu 8.30 Malam

Majlis Persandingan Anakanda Toh Sedewa Raja, Dato' Abdul Talib Bin Abdul Fahmi telah diadakan di Ipoh Town Hall dan AJK Puteri Gopeng telah bersama-sama menjayakan majlis tersebut.

Toh Sedewa Raja bersama Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri sebelum majlis persandingan.


Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Toh Sedewa Raja bersama keluarga


AJK Puteri Gopeng bergambar bersama selebriti Adlin & Emelda


Selamat Pengantin Baru, Nadia & Amirun

25 June, 2009

Pesidangan Tahunan Puteri Cawangan Sungai Rokam

Tarikh: 24/6/2009


Duduk dr kiri: Liya,Aida,Izan, Juli, Mej Roslan & Nurul.
Berdiri dr kiri : Rini, Ina, Yani, Nor, Siti dan Intan.